2 daripada 5 kanak-kanak alami pengalaman buruk dalam talian, lapor Unicef


Aminah Farid

Laporan itu juga mendapati pandemik Covid-19 menyebabkan peningkatan mendadak penggunaan Internet dalam kalangan kanak-kanak termasuk dengan tujuan pendidikan dan komunikasi. – Gambar AFP, 19 September, 2020.

DUA daripada lima kanak-kanak mengalami pengalaman buruk ketika menggunakan Internet dan mereka tidak memaklumkan perkara itu kepada sesiapa, lapor Unicef.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di empat negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, kes buli siber ini melibatkan golongan kanak-kanak lelaki dan perempuan berdepan situasi di mana diminta menghantar gambar lucah.

Kebanyakan mereka yang terlibat dalam kes ini enggan membincangkan kejadian buruk itu ekoran tekanan sosial.

Laporan itu juga mendapati lebih separuh peserta yang menyertai kajian itu bersemuka dengan seseorang yang dikenali dalam talian.

Dalam kebanyakan kes, mereka tidak mengalami sebarang kejadian buruk ketika bertemu, tetapi kecewa kerana individu yang ditemukan tidak seperti yang digambarkan.

Kajian yang dijalankan di Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Thailand itu menumpukan pandangan dan pengalaman 301 kanak lelaki dan perempuan, 127 daripadanya dari Malaysia, berusia antara 11 hingga 18 tahun.

Laporan itu juga mendapati pandemik Covid-19 menyebabkan peningkatan mendadak penggunaan Internet dalam kalangan kanak-kanak termasuk dengan tujuan pendidikan dan komunikasi.

Laporan itu juga berkata kebanyakan remaja memilik pelbagai akaun media sosial.

Salah seorang penyelidik laporan Unicef, Monica Bulger berkata remaja ini memiliki pelbagai akaun media sosial untuk mempunyai banyak jenis hubungan, mempamerkan gambar berbeza kehidupan mereka kepada ibu bapa mereka, pasangan romantik, kawan-kawan dan orang asing.

“Dalam semua negara, remaja mempunyai pelbagai akaun Instagram dan Facebook untuk menjaga privasi, menunjukkan kepercayaan dalam hubungan, mencari peminat atau akaun umum,” kata laporan itu.

“Remaja yang mempunyai pelbagai akaun mempunyai banyak kepentingan.”

Laporan itu juga mendapatkan kebanyakan remaja memiliki telefon, berkongsi telefon dengan ibu bapa dan adik beradik mereka.

Kalangan peserta menyuarakan kebimbangan tentang kos pelan data dan bimbang tnetang jumlah data yang digunakan untuk aplikasi.

Antara aplikasi yang paling banyak digunakan kanak-kanak dan remaja adalah Instagram, Facebook, Facebook Messenger, WhatsApp, PubG, Mobile Legends dan YouTube. – 19 September, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen