G25 gesa NGO saman institusi agama kerajaan jika sebar fitnah


Amin Iskandar

Jurucakap G25 Noor Farida Mohd Ariffin turut mengkritik tindakan Jakim menasihatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku-buku di Malaysia.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 12 Disember, 2017.

KUMPULAN pesara kakitangan awam kanan G25 menggesa badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia agar melawan institusi agama yang menyebarkan fitnah dengan membuat laporan polis dan mengambil tindakan saman.

Jurucakap G25 Noor Farida Mohd Ariffin berkata, tindakan perlu dilakukan agar institusi agama tersebut tidak terus mempengaruhi Malaysia dengan fitnah dan Islam mengikut tafsiran mereka.

“Saya ingin mencadangkan mana-mana NGO yang difitnah Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Jika mereka boleh buat laporan polis terhadap Prof Shad, saya juga dalam kedudukan untuk menyaman mereka kerana memfitnah, buat laporan polis dan saman mereka,” katanya dalam ucaptama bertajuk “Malaysia as a Secular State” pada program The 6th Civil Rights Award Ceremony and Dinner di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Kuala Lumpur malam ini.

Noor Farida merujuk kepada laporan polis dibuat Iksim terhadap dua akhbar berbahasa Inggeris dan Cina, serta pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti Malaya, Profesor Emiritus Dr Shad Saleem Faruqi kerana didakwa menulis serta menyiarkan artikel fitnah yang disifatkan bertujuan mencetus kebencian rakyat Malaysia organisasi itu.

Iksim merupakan sebuah badan pemikir di bawah Jakim.

Noor Farida memberikan contoh, dalam sebuah risalah terbitan Iksim bertajuk “Martabatkan Islam di Malaysia”, sekularisme, liberalisme dan kepelbagaian budaya dikatakan sebagai elemen yang akan melemahkan Islam dan kedaulatan negara.

Dalam risalah itu, Iksim mengatakan G25, Islamic Renaissance Front (IRF), Sisters in Islam dan Amanah sebagai berfahaman liberal.

“Kita kumpulan masyarakat sivil perlu menghentikan perkara mengarut ini sebelum akhirnya kita dapati diri kita dalam negara Islam mengikut tafsiran mereka.

“Terdapat ramai peguam yang bersedia membantu, untuk mencabar orang-orang ini di mahkamah,” katanya.

Noor Farida turut mengkritik tindakan Jakim menasihatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku-buku di Malaysia.

“Kita perlu bekerjasama untuk menghalang negara Islam.

“Kita tidak mahu satu hari nanti negara jadi Arab Saudi yang mengamalkan Wahabisme,” katanya.

Bekas duta Malaysia ke Belanda itu berkata, ketika ditubuhkan dahulu, walaupun Islam merupakan agama rasmi Malaysia, Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberi jaminan negara kekal sekular.

“Menurut pakar perlembagaan kita, walaupun Malaysia bukan negara sekular seperti Perancis dan Amerika Syarikat disebabkan Artikel 3, kita juga bukan negara teokrasi seperti Iran yang dipimpin mullah.

“Kita adalah hibrid. Kita bukan teokrasi dan kita juga bukan negara sekular,” katanya. – 12 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • "Jurucakap G25 Noor Farida Mohd Ariffin berkata, tindakan perlu dilakukan agar institusi agama tersebut tidak terus mempengaruhi Malaysia dengan fitnah dan Islam mengikut tafsiran mereka."

    Sapa lagi yang boleh menasihati kerajaan kli bukan intitiusi agama yang di iktiraf..klu kita jahil tentang agama jangan cuba jadi bengong dan nsk jadi hero..

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Ujang Mohd · Ulasan

  • "Jurucakap G25 Noor Farida Mohd Ariffin berkata, tindakan perlu dilakukan agar institusi agama tersebut tidak terus mempengaruhi Malaysia dengan fitnah dan Islam mengikut tafsiran mereka."

    Sapa lagi yang boleh menasihati kerajaan klu bukan intitiusi agama yang di iktiraf..klu kita jahil tentang agama jangan cuba jadi bengong dan nsk jadi hero..

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Ujang Mohd · Ulasan

  • Kalu tak kencing org,mana diaorg boleh main golf kat usa

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan