SPRM lancar portal bahasa Mandarin 


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan portal dalam bahasa Mandarin bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang pencegahan rasuah dan perkara berkaitan suruhanjaya tersebut.

Menurut SPRM dalam satu kenyataan, portal itu dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Shamshun Baharin Mohd Jamil.

“Kemudahan terbaharu ini diharap dapat meningkatkan lagi keyakinan dan pengetahuan masyarakat Cina terhadap SPRM dan agenda antirasuah di samping menyebar luas mesej pendidikan pencegahan rasuah,” jelasnya.

Portal berkenaan boleh dilayari di pautan https://www.sprm.gov.my/cn/ – Bernama, 18 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen