TIADA perkaitan antara kluster Covid-9 Tawar dan Sivagangga di Kedah, walaupun kedua-duanya berkongsikan strain virus yang sama,” kata Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua pengarah kesihatan berkata, kementerian tidak dapat mengesan sebarang perkaitan antara penularan jangkitan kedua-dua kluster berkenaan.
Noor Hisham berkata ketika kementerian masih memantau kluster Tawar, tempoh pemantauan kluster Gangga selama 28 hari telah tamat.
“Daripada kajian makmal kami dapat kluster Gangga mempunyai strain mutasi jenis D614G dan kluster Tawar mempunyai mutasi yang sama, tetapi kami tidak menemui sebarang perkaitan antara dua kluster berkenaan,” tambahnya.
Kluster Sivagangga yang menjangkiti 45 orang ditemui selepas seorang individu kembali dari luar negara melanggar arahan kuarantin wajib selama 14 hari.
Terdapat 79 kes dilaporkan dalam kluster Tawar, yang berasal daripada individu yang menghadiri upacara keagamaan memperingati kematian ahli keluarga. Kluster berkenaan terus merebak merentasi sempadan negeri ke Pulau Pinang.
Tambah Noor Hisham terdapat kemungkinan kluster Sungai mempunyai strain virus yang sama.
Kluster Sungai dikesan di sebuah pusat perubatan di Kedah apabila petugas kesihatan didapati positif Covid-19 pada 5 September.
Setakat ini 58 kes dilaporkan daripada kluster berkenaan. – 15 September, 2020.
Komen