Kluster baharu Covid-19 dikesan di Sabah


Ragananthini Vethasalam

KLUSTER baharu di Sabah yang dikenali sebagai kluster Pulau menyumbang lapan daripada 23 kes baharu Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua 13 kes penularan tempatan yang dikesan juga dilaporkan di Sabah.

Ini termasuk empat kes baharu di kluster Benteng Lahad Datu dan satu lagi jangkitan ditemui ketika seorang pesakit dirujuk dari Hospital Semporna ke Hospital Tawau.

Daripada 13 kes penularan tempatan, 10 melibatkan warganegara.

Baki 10 kes import pula melibatkan mereka yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Filipina sebanyak empat kes manakala masing-masing satu kes dari Hungary, Turki, Qatar, Bangladesh, Nigeria dan Maghribi,

Kes baharu hari ini menjadikan jumlah jangkitan nasional kepada 9,969 di mana 631 adalah kes aktif.

Seramai 14 pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sementara empat pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat enam kes pulih dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 sebanyak 9,209 kes atau 92.4 peratus daripada jumlah keseluruhan jangkitan.

Angka kematian akibat Covid-19 kekal pada 128 orang tanpa kematian baharu dilaporkan. – 15 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen