PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19, malam ini.
Perutusan itu akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia pada 8 malam.
Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari ke-181 hari ini dan hari ke-97 bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). – Bernama, 15 September, 2020.
Komen