Pelajar dibenar ke luar negara sambung, daftar pengajian, kata menteri


Pelajar yang perlu ke luar negara bagi sambung pengajian termasuk mendaftar sebagai pelajar baharu dibenarkan berbuat demikian tanpa perlu memohon kelulusan Jabatan Imigresen. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 September, 2020.

PELAJAR yang perlu ke luar negara bagi menyambung pengajian termasuk mendaftar sebagai pelajar baharu dibenarkan berbuat demikian tanpa perlu memohon kelulusan Jabatan Imigresen, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun katanya, mereka perlu mengemukakan bukti seperti kad pelajar dan surat tawaran.

“Ibu bapa yang nak menghantar dan menemani anak-anak mereka ke luar negara dibenarkan dengan had dua orang sahaja, tidak boleh bawa keluarga macam dahulu,” katanya pada sidang media harian berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Beliau berkata pelajar dan pengiring yang pulang ke Malaysia pula perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Sementara itu, Ismail Sabri menyeru orang ramai memanfaatkan e-Census yang akan tamat pada 30 September ini bagi mengurangkan kadar interaksi banci secara bersemuka yang akan berlangsung mulai 7 Oktober depan. – Bernama, 15 September, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen