ENAM pemain bola sepak dari dua negara disahkan positif Covid-19, kata Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), menjelang Liga Juara-Juara AFC yang akan bermula di Qatar pada Isnin.
Kejohanan itu diteruskan selepas digantung selama enam bulan sejak Mac lalu berikutan pandemik.
Menurut AFC, lima pemain dari Al-Hilal, Arab Saudi dan seorang lagi dari Al Duhail, Qatar didapati positif melalui ujian saringan yang dijalankan.
“Mereka yang dikesan positif kini di bawah seliaan pasukan perubatan dan dikuarantin,” kata AFC dalam satu kenyataan.
Tambahnya, ahli pasukan pengurusan Al Hilal turut dijangkiti virus berkenaan.
Bagaimanapun identiti tujuh individu berkenaan tidak didedahkan. – AFP, 13 September, 2020.
Komen