PRN Sabah penentu nasib pemimpin lompat parti, kata Chin Tong


Liew Chin Tong berkata mesej PRN Sabah kali ini adalah supaya seluruh rakyat Malaysia untuk memberi pengajaran kepada ahli politik khianat dan mereka yang mengkhianati perjuangan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 September, 2020.

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah bukan hanya memberi kesan kepada pengundi di negeri itu, tetapi juga akan menunjukkan impak di peringkat persekutuan, kata Liew Chin Tong.

Pengerusi DAP Johor itu berkata pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah pada 30 Julai lalu menunjukkan ketegasan kepimpinan ketua menterinya, Mohd Shafie Apdal.

“Ia juga menyuntik semangat positif kepada penyokong Pakatan Harapan Plus (PH Plus). Ahli politik “katak” yang ingin melompat tidak mendapat habuan yang dijanjikan. 

“Lebih daripada itu, mereka mungkin kehilangan kerusi mereka. Ada juga yang tidak akan diletak sebagai calon dan ada yang tidak akan menang.,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook dan blog miliknya hari ini.

PRN Sabah bermula hari ini dengan penamaan calon dan tarikh mengundi ditetapkan pada 26 September manakala undi awal pada 22 September.

Liew berkata mesej PRN Sabah kali ini adalah supaya seluruh rakyat Malaysia untuk memberi pengajaran kepada ahli politik khianat dan mereka yang mengkhianati perjuangan rakyat.
 
“Perkembangan politik Sabah akan membentuk halatuju politik negara. Kebangkitan rakyat Sabah pada 26 September akan memberi kesan besar kepada politik kebangsaan.
 
Beliau berkata PH Plus perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya negeri pada 26 September.
 
“Kalau kita dapat menang besar pada 26 September, Tan Sri Muhyiddin (Yassin) akan berfikir dua kali sebelum memanggil pilihan raya umum secara mengejut. 

PRN Sabah diadakan selepas bekas ketua menteri Musa Aman cuba menggulingkan kepimpinan Shafie.
 
Liew berkata Shafie tidak menyertai pasukan Muhyiddin semasa Langkah Sheraton pada bulan Februari. 

“Malah, beliau (Shafie terus bejuang bersama-sama dengan rakan-rakan yang menentang kerajaan Muhyiddin.

Katanya paada 2008, pihak pembangkang menang 80 kerusi antara 165 kerusi di Semenanjung manakala pada 2013, Pakatan Rakyat menang 80 kerusi di Semenanjung

“Pada 2018, Pakatan Harapan menang 98 kerusi di Semenanjung.

“Pada dasarnya, PH Plus berkemampuan memenangi sekitar 80 kerusi di Semenanjung. 

“Dalam keadaan yang paling teruk ataupun “worst case scenario”, saya yakin pihak Pakatan Plus masih boleh kekal di 80 kerusi di Semenanjung.

“Pada 2018, Warisan, DAP and PKR menang 14 kerusi parlimen di Sabah dan 10 kerusi parlimen di Sarawak,” katanya. – 12 September, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen