Lebih 1,000 kes baharu Covid-19 dilapor di Turki


Murid prasekolah memakai pelitup muka beratur untuk diambil suhu badan di bilik darjah sebagai langkah pencegahan jangkitan Covid-19 di Ankara, Turki. – Gambar EPA, 12 September, 2020.

LEBIH 1,600 kes baharu Covid-19 manakala lebih 1,000 kes pulih dilaporkan di Turki pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu.

Jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini mencecah 288,126 dengan 1,671 kes baharu, tulis Menteri Kesihatan Fahrettin Koca di Twitter, memetik data Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, 1,117 lagi pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan keseluruhan seramai 256,524.

Angka korban meningkat sebanyak 56 orang menjadi 6,951, tambahnya.

Lebih 112,213 saringan Covid-19 dilakukan, menjadikan setakat ini lebih 8.3 juta ujian sudah dibuat.

Pesakit yang berada dalam keadaan kritikal pula dilaporkan seramai 1,223 orang. 

Di seluruh dunia, Covid-19 sudah meragut hampir 910,000 nyawa di 188 negara dan wilayah sejak Disember lalu.

Amerika Syarikat, India, Brazil dan Rusia kekal negara paling teruk terjejas.

Lebih 28.2 juta kes Covid-19 dilaporkan di dunia, dengan pemulihan lebih 19 juta orang, menurut data Johns Hopkins University. – Bernama, 12 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen