Muhyiddin jumpa pemimpin Perikatan, BN di Sabah


Muhyiddin Yassin adakan mesyuarat tertutup dengan lebih 20 pemimpin PN dan BN di Kota Kinabalu hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 11 September, 2020.

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan perjumpaan dengan pemimpin daripada Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di Kota Kinabalu hari ini. 

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu tiba pada pukul 10.35 pagi, disambut oleh pemimpin-pemimpin berkenaan, sebelum beliau mengadakan mesyuarat tertutup dengan lebih 20 pemimpin, dan perjumpaan masih berlangsung ketika berita ini ditulis. 

Antara yang hadir Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden Umno, Presiden Star Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Yong Teck Lee, Timbalan Presiden PAS Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup dan Setiausaha Agong PBS Jahid Jahim. 

Turut hadir Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Hajiji Noor.

PRN Sabah bakal menyaksikan pertandingan bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan esok sebagai hari penamaan calon dan 26 Sept ini sebagai hari mengundi. – Bernama, 11 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen