Hampir 500 firma Jepun muflis kerana Covid-19


Perniagaan berkaitan industri makanan di Jepun antara paling banyak terkesan akibat pandemik Covid-19. – Gambar AFP, 7 September, 2020.

HAMPIR 500 perniagaan di Jepun muflis ekoran kemerosotan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19 yang berterusan sejak Februari, menurut agensi berita Sputnik memetik laporan media pada Isnin.

Sehingga Jumaat, jumlah syarikat yang mengemukakan permohonan muflis atau melancarkan prosedur pembubaran undang-undang mencecah 489, lapor penyiar NHK, memetik firma penyelidikan Teikoku Databank.

Perniagaan berkaitan industri makanan, penginapan dan pakaian paling banyak terkesan, menurut Teikoku Databank.

Sementara itu, 8.5% syarikat perniagaan industri kecil dan sederhana mungkin menghentikan operasi sekiranya pandemik berlarutan, menurut tinjauan oleh Tokyo Shoko Research pada Julai dan Ogos. Dapatan tinjauan menunjukkan lebih 300,000 syarikat Jepun kemungkinan bakal muflis.  – Bernama, 7 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen