Perancis catat hampir 9,000 kes baharu Covid-19


Pekerja perubatan di pusat ujian Covid-19 di Montpellier, Perancis. Negara mencatatkan hampir 9,000 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir. – Gambar EPA, 5 September, 2020.

PERANCIS mencatatkan hampir 9,000 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam terakhir, angka harian tertinggi sejak wabak itu melanda negara pada Mac lalu, kata agensi kesihatan negara itu semalam.

Sebanyak 8,975 jangkitan dilaporkan dari Khamis hingga Jumaat menyebabkan pihak berkuasa meningkatkan kapasiti ujian di seluruh negara tetapi jumlah kes masih mendadak melebihi 7,000 yang dilihat dalam beberapa hari terakhir.

Di samping itu sebanyak 53 kluster baharu dilaporkan dan 46 pesakit ditempatkan di dalam unit rawatan rapi (ICU) menjadikan jumlah keseluruhan seramai 473 orang.

Sehingga 1 September, Perancis mencatatkan 30,661 kematian akibat Covid-19, menurut badan kesihatan Sante Publique France yang memberi amaran pada Khamis mengenai peningkatan mendadak dalam kes baharu.

Walaupun lebih 90% kes kematian melibatkan warga emas berusia lebih 65 tahun, penularan banyak berlaku dalam kalangan golongan muda, kata Sante Publique.

Angka terbaru muncul ketika Paris dan bandar-bandar lain mula mengenakan perintah pemakaian topeng muka di semua kawasan awam termasuk kanak-kanak berusia atas 11 tahun yang kembali ke sekolah minggu ini.

Pada Jumaat sebuah mahkamah di tenggara Lyon mengarahkan pihak berkuasa untuk melonggarkan peraturan megambil kira keadaan setempat. – AFP, 5 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen