DUA warga Kanada didenda AS$765 kerana enggan memakai topeng muka di dalam penerbangan penumpang, kata kementerian pengangkutan negara itu semalam.
Di bawah perintah persekutuan, semua pelancong mesti memakai topeng muka semasa menaiki pesawat, di dalam penerbangan dan ketika turun.
Kedua-dua mereka didapati melanggar perintah berkenaan pada penerbangan domestik WestJet pada Jun dan Julai.
“Dalam kedua-dua kejadian itu, mereka sudah diarahkan berulang kali oleh kru peswat untuk memakai topeng muka semasa penerbangan namun kedua-dua mereka enggan,” kata Transport Canada dalam satu kenyataan.
Penggunaan topeng muka diwajibkan di banyak tempat awam terutama di dalam pesawat dan kereta api sejak wabak mula menular.
Setakat ini Kanada mencatatkan lebih 130,000 kes Covid-19 dengan lebih 9,000 kematian. – AFP, 5 September, 2020.
Komen