NEW Zealand hari ini lapor kes kematian pertama akibat Covid-19 selepas lebih tiga bulan, membabitkan seorang lelaki berusia 50-an.
Pegawai kementerian kesihatan berkata mangsa adalah dari kluster Auckland .
Lelaki berkenaan meninggal dunia di Hospital Middlemore di Auckland tengah hari ini.
Ini menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 di New Zealand kini 23 orang. Kali terakhir kes kematian dilapor pada 24 Mei lalu.
Kes kematian hari ini dilaporkan mangsa termuda di New Zealand.
Kementerian kesihatan negara itu tidak menyatakan sama ada mangsa mempunyai sejarah penyakit.
Kluster Auckland tercetus dari penularan membabitkan keluarga empat beranak, dan sejak itu meningkat menjadi 152 kes, termasuk tiga kes baharu yang dilaporkan hari ini.
Ini membuktikan kluster tersebut sukar dibendung walaupun perintah berkurung dikuatkuasakan selama hampir tiga minggu di Auckland, yang berakhir pada malam Ahad.
Walaupun warga Auckland diizinkan keluar rumah minggu ini, pihak berkuasa mengehadkan perhimpunan sosial kepada hanya 10 orang di bandar yang mempunyai 1.5 juta penduduk itu
Kerajaan juga mewajibkan pemakaian pelitup muka wajib dalam pengangkutan awam di seluruh negara. – AFP, 4 September, 2020.
Komen