Lebih 7,000 petugas kesihatan maut akibat Covid-19, kata Amnesty 


Petugas kesihatan berdepan risiko jangkitan Covid-19 lebih tinggi terutama di negara yang kekurangan bekalan PPE.– Gambar EPA, 4 September, 2020.

SEKURANG-kurangya 7,000 petugas kesihatan di seluruh dunia dijangkiti koronavirus, termasuk lebih 1,300 orang di Mexico, kata Amnesty International.

“Setiap petugas kesihatan berhak untuk selamat ditemoat kerja, dan disebabkan skandal ramai yang menjadi mangsa,” kata ketua keadilan sosial dan ekonomi kumpulan hak asasi berpangkalan di London itu, Steve Cockburn.

“Beberapa bulan dalam pandemik, petugas kesihatan berdepan kematian dahsyat di negara seperti Mexico, Brazil dan Amerika Syarikat manakala jangkitan terus menular di Afrika Selatan dan India menunjukkan keperluan untuk semua pihak mengambil tindakan.”

Di Mexico sahaja, sekurang-kurangnya 1,320 petugas kesihatan disahkan maut kerana Covid-19, kata Amnesty.

Negara lain yang turut terjejas termasuk Amerika Syarikat dengan 1,077 petugas kesihatan maut, United Kingdom 649, Brazil 634, Rusia 631 dan India 573.

Namun angka ini masih tidak disahkan kerana kebanyakan kematian tidak direkodkan secara rasmi di kebanyakan negara, kata Amnesty.

Mexico yang merupakan salah satu negara yang mencatatkan kematian tertinggi akibat wabak itu, menyembunyikan rekod kematian petugas kesihatan, kata badan itu.

Negara Amerika Latin itu melaporkan 97,632 kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan, daripada 610,000 jangkitan keseluruhan. – AFP, 4 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen