6 kes baharu Covid-19 di Penjara Tawau, kata KP Kesihatan


Director-general of health Dr Noor Hisham Abdullah says the Health Ministry will not intervene in the dispute between hospital cleaners and their employers. – The Malaysian Insight pic, June 4, 2020.

SEBANYAK enam kes baharu Covid-19 dikesan membabitkan kluster Lahad Datu di Sabah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kluster tersebut kini 14.

Menurut Dr Noor Hisham enam kes baharu daripada kluster Lahad Datu yang dilaporkan hari ini dikesan di Penjara Tawau.

“Empat daripada kes tersebut turut mempunyai sejarah ke IPD Lahad Datu serta mempunyai kontak rapat dengan kes indeks.

“Mereka telah balik ke Penjara Tawau pada 28 Ogos dan seterusnya menjangkiti dua lagi banduan baharu di itu. 

“Kesemua kes positif baharu ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seramai 336 orang telah disaring setakat hari ini, tambah Dr Noor Hisham.

Sementara itu, tiga lagi kes positif dikesan dalam kluster Tawar di Kedah, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kluster itu kini 78 kes.

Dua kes baharu pula dikesan membabitkan kluster Bunga di Negeri Sembilan. Sebanyak enam kes dikesan dalam kluster itu setakat hari ini, kata Dr Noor Hisham.

Satu kes baharu juga dari kluster Telaga, juga di Kedah, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kluster itu kini 7 kes. – 3 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen