3 kes positif Covid-19 dari kluster MV Glen, kata KP Kesihatan


Seramai 58 individu telah disaring membabitkan kluster MV Glen, yang dikesan di sebuah kapal di Pelabuhan Klang, Selangor, kata KP Kesihatan Dr Norr Hisham Abdullah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 September, 2020.

TIGA kes positif Covid-19 telah dikesan dari kluster MV Glen, selepas satu kes baharu dilaporkan membabitkan kluster itu hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Seramai 58 individu daripada kluster itu telah disaring, dan 16 daripada mereka disahkan negatif.

Sementara 39 individu lagi masih menunggu keputusan, tambah Dr Noor Hisham.

Kluster MV Glen dikesan di sebuah kapal di Pelabuhan Klang, Selangor.  Kes indeks kluster itu adalah seorang kru kapal yang diuji positif pada 25 Ogos lalu, dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.

Satu daripada kes baharu yang dilaporkan hari ini membabitkan isteri kepada kes positif kluster MV Glen yang dilaporkan pada 30 Ogos.

“Saringan sign-on dan sign-off adalah penting kerana ia merupakan salah satu langkah bagi memmantau kawalan sempadan negara untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 dari luar negara menular masuk ke dalam negara kita.

“KKM bersama Jabatan Laut Malaysia telah mengambil pelbagai langkah bagi memantau dan memperketat sempadan negara di perairan Malaysia. 

“Pelbagai prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan telah dibangunkan bagi golongan pelaut yang memasuki Malaysia melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA),” kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau antara langkah yang diambil termasuklah proses pertukaran anak kapal dari sign-on ke kapal sehinggalah sign-off dari kapal, dan proses kuarantin wajib di stesen kuarantin yang diwartakan kerajaan. – 2 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen