KOREA Selatan dan Singapura pada Rabu bersetuju memperkenalkan program kemasukan ‘fast-track’ bermula minggu ini untuk ahli perniagaan serta individu lain yang perlu melakukan perjalanan penting, kata Kementerian Luar lapor agensi berita Yonhap.
Persetujuan itu dicapai dalam perbincangan melalui telefon antara Menteri Luar Korea Selatan Kang Kyung-wha dan rakan sejawatannya dari Singapura, Vivian Balakrishnan, program akan berkuat kuasa pada Jumaat.
“Perjanjian dengan Singapura itu diharapkan dapat menyumbang bukan sahaja kepada pemulihan ekonomi kedua-dua negara, tetapi juga untuk pengurusan rantaian bekalan global yang stabil ketika situasi Covid-19 masih melanda,” memetik kenyataan akhbar kementerian itu.
Di bawah program itu, ahli perniagaan Korea Selatan yang diuji negatif Covid-19 dan memiliki pas perjalanan boleh terbang ke Singapura.
Sejurus ketibaan perlu menjalani sekali lagi ujian saringan dan dikecualikan daripada kuarantin jika keputusan negatif.
Ia adalah program “fast-track” keempat Korea Selatan, sebelum ini persetujuan dicapai dengan China, Emiriah Arab Bersatu dan Indonesia. – Bernama, 2 September, 2020.
Komen