Hampir 480,000 kanak-kanak di AS dijangkiti Covid-19


Walaupun kanak-kanak hanya mewakili 9.5% daripada semua kes yang dilaporkan di AS, sejumlah 476,439 kanak-kanak diuji positif Covid-19. – Gambar EPA, 2 September, 2020.

HAMPIR 480,000 kes Covid-19 melibatkan kanak-kanak dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) sejak wabak itu mula menular, menurut laporan terkini Akademi Pediatrik dan Persatuan Hospital Kanak-kanak Amerika, lapor agensi berita Xinhua. 

Biarpun kanak-kanak hanya mewakili 9.5% daripada semua kes yang dilaporkan di negara berkenaan, sejumlah 476,439 kanak-kanak diuji positif Covid-19, memetik laporan yang diterbitkan pada Isnin itu.

Kadar keseluruhan ialah 631 kes untuk setiap 100,000 kanak-kanak. 

Sebanyak 70,330 kes baharu membabitkan kanak-kanak dilaporkan dari 13 hingga 27 Ogos, peningkatan 17% untuk tempoh dua minggu. 

Antara 0.6 hingga 4.1% kanak dimasukkan ke hospital dan 0 hingga 0.3% daripada jumlah semua kematian akibat Covid-19. 

“Buat masa sekarang nampaknya penyakit yang disebabkan Covid-19 jarang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

“Bagaimanapun, laporan terperinci mengenai kes Covid-19 perlu terus dibuat untuk membolehkan jangkitan membabitkan kanak-kanak dapat dipantau,” kata laporan itu. – Bernama, 2 September, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen