ISRAEL telah menyenaraikan Thailand dalam daftar “negara hijau”, yang mengecualikan pelancong Thailand daripada dikuarantin semasa ketibaan, lapor Agensi Berita Thailand (TNA) memetik wakil jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun.
Kedutaan Thailand di Tel Aviv melaporkan pekerja Thailand di sektor pertanian dan warga asing, yang tiba dari Thailand dikecualikan daripada kuarantin 14 hari, kata Natapanu.
Pelancong lain, yang tinggal di negara-negara hijau 14 hari sebelum perjalanan mereka ke Israel juga dibenarkan melepasi kuarantin wajib.
Israel meletakkan 21 negara dalam senarai itu dua minggu lalu. Penyertaan tersebut menjadikan 30 negara dalam senarai keseluruhan.
Australia, Taiwan, Singapura, Itali, Denmark dan England adalah antara 30 negara hijau.
Sementara itu, 187 negara diklasifikasikan sebagai zon merah. Pelancong dari zon merah dikenakan syarat kuarantin kendiri. – Bernama, 1 September, 2020.
Komen