AMERIKA Syarikat (AS) pada Isnin melepasi 6 juta kes koronavirus, menurut perkiraan yang dibuat oleh Universiti Johns Hopkins, menyaksikan 1 juta tambahan jangkitan baharu dalam masa kurang daripada sebulan.
AS masih menjadi negara paling teruk terjejas di dunia dengan hampir seperempat jangkitan global dan 183,203 kematian akibat Covid-19, kata universiti yang berpusat di Baltimore.
Walaupun bilangan kes harian baharu menurun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, ia tidak menampak tanda akan berakhir, seperti kenyataan berulang kali Presiden Donald Trump.
AS mencatat kes 5 jutanya pada 9 Ogos, yang hanya 17 hari selepas ia mencecah 4 juta kes.
Jangkitan koronavirus global melonjak lebih 25 juta, ketika negara lain mengetatkan sekatan untuk menghentikan krisis kesihatan yang menjejaskan kehidupan sebahagian besar manusia.
Sebanyak 1 juta kes tambahan dikesan secara global setiap empat hari sejak pertengahan Julai, menurut perkiraan AFP, dengan India pada Ahad mencatat rekod kenaikan tertinggi dalam sehari sebanyak 78,761 kes. – AFP, 1 September, 2020.
Komen