SATU lagi kluster baharu Covid-19, dikenali sebagai Kluster Bunga dikesan melibatkan krew sebuah kapal yang berlabuh di pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kapal itu mempunyai sejarah pelayaran ke Singapura.
Katanya setakat ini kluster itu mempunyai empat kes posisif yang kesemuanya dikesan semasa menjalani kuarantin.
“Mereka diuji positif ketika menjalani kuarantin di sebuah hotel di Selangor. Mereka dimasukkkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif.
“Kluster ini tidak membawa risiko penluaran dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Daripada empat kes positif itu, dua merupakan rakyat Malaysia.
Seramai 34 krew yang menaiki kapal itu menjalani ujian saringan pada 28 Ogos lalu.
Enam individu diuji negatif manakala baki 24 lagi masih menunggu keputusan ujian.
Sumber jangkitan itu masih disiasat dan langkah pencegahan seperti proses nyahkuman dan nyahcemar telah dilakukan terhadap kapal tersebut.
Semalam, satu lagi kluster dikenali MV Glen dikesan di Port Klang melibatkan krew dan seorang staf sebuah syarikat perkapalan. – 31 Ogos, 2020.
Komen