TIGA pendatang warga Nigeria menyerang kakitangan di sebuah hospital tentera di Rom selepas didapati positif koronavirus, kata kementerian pertahanan pada Sabtu.
Kejadian di hospital tentera Celio, yang kini ditukar menjadi pusat rawatan Covid-19, terjadi apabila mereka melihat seorang pendatang Bangladesh keluar selepas diuji negatif dan kemudian cuba melarikan diri tetapi dihalang.
Mereka dituduh melakukan kekerasan, penentangan dan menyebabkan kecederaan tubuh.
“Serangan di hospital tentera adalah serius dan tidak boleh diterima,” kata Menteri Pertahanan Lorenzo Guerini.
Kejadian itu ambil kesempatan oleh bekas menteri dalam negeri anti-imigresen Itali, Matteo Salvini yang berkata kerajaan membahayakan rakyat Itali.
Migrasi selama bertahun-tahun menjadi isu politik panas di Itali, tempat pendaratan utama Kesatuan Eropah bagi mereka yang menyeberangi Mediterranean dan tiba di Sicily serta Lampedusa. – AFP, 30 Ogos 2020.
Komen