11 kes baharu Covid-19, lapan pulih


Kes-kes baharu yang dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan dalam negara berada di angka 9317. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Ogos, 2020.

HANYA satu daripada 11 jangkitan Covid-19 baharu yang dilaporkan hari ini disebarkan melalui penularan tempatan, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata satu-satunya kes yang disebarkan melalui penularan tempatan itu dikesan semasa pemeriksaan pra-pembedahan di Hospital Umum Sarawak.

Kes-kes baharu tersebut menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan dalam negara berada di angka 9317.

Sementara itu, katanya, 10 kes selebihnya diimport, enam daripadanya adalah warganegara dan selebihnya empat bukan warganegara.

Dr Noor Hisham berkata, tujuh kes yang diimport ke Malaysia dari India sementara masing-masing satu kes diimport dari Indonesia dan Qatar.

Katanya, lapan pesakit dibenarkan pulang dalam masa 24 jam setelah pulih dari Covid-19.

Ini menjadikan jumlah pemulihan dari Covid-19 berada di angka 9038.

Beliau turut berkata, kes aktif kini menjadi 189 kes.

Dr Noor Hisham berkata tidak ada kes kematian dilaporkan, menjadikan angka kematian kini berjumlah 154 orang

Katanya lagi, lapan pesakit kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana enam daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan. – 29 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen