Jalan Petaling kini destinasi makanan, sifar pekerja asing


Angie Tan

Krisis Covid-19 memberi peluang kepada peniaga di Jalan Petaling menjenamakan semula jalan itu sebagai destinasi makanan, yang diusahakan rakyat tempatan. – Gambar The Malaysian Insight, 29 Ogos, 2020.

JALAN Petaling, yang lebih 100 tahun dikenali sebagai “Chinatown” Kuala Lumpur, kini sifar pekerja asing, kata kumpulan peniaga dan penjaja.

Jika sebelum ini ia cukup sinonim dengan syurga barangan tiruan dan penjaja warga asing, namun Jalan Petaling kini berwajah baharu.

Pengerusi Persatuan Penjaja Kuala Lumpur Ang Say Tee berkata berkata berkata krisis Covid-19 memberi peluang kepada peniaga di Jalan Petaling menjenamakan semula jalan itu sebagai destinasi makanan, yang diusahakan rakyat tempatan.

Penjaja muda, lebih banyak makanan

Sejak dibuka semula lebih seminggu lalu, ramai pelanggan menyukai konsep “sifar pekerja asing” di Jalan Petaling.

Menurut Ang, konsep itu pada mulanya dikritik sesetengah pihak yang menyifatkannya sebagai diskriminasi, tetapi penjaja dan peniaga bertegas mahu meneruskannya.

“Sebelum ini orang cakap Jalan Petaling bukan lagi Chinatown, lebih ramai pendatang asing saja selama ini.

“Sekarang inilah peluang untuk jaga perniagaan tempatam dan juga patuh kepada dasar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu sifar pekerja asing.

“Kami dituduh mendiskriminasi, tetapi kami tak boleh halang orang suarakan pendapat mereka,” kata Ang.

Katanya, konsep baharu itu diilhamkan daripada pasar makanan jalanan di Tawan dan Korea Selatan, dua tahun lalu.

Persatuan Penjaja Kuala Lumpur ketika itu membuat lawatan sambil belajar dan mengkaji bagaimana makanan jalanan mendapat sambutan ramai. Selain itu, merka juga mendapati kebanyakan penjaja di Taiwan adalah anak muda tempatan.

“Kini Jalan Petaling berwajah baharu, diambil alih lebih ramai anak muda. Kita perlukan lebih banyak penyertaan dari belia untuk hidupkan tempat ini.

“Dulu saya juga penjaja, kerja ini ada masa depan yang cerah. Kami mengalu-alukan anak muda dirikan perniagaan mereka di sini,” ujar Ang.

Pengerusi Persatuan Penjaja Kuala Lumpur berkata orang ramai menyukai konsep 'sifar pekerja asing' di Jalan Petaling. – Gambar The Malaysian Insight, 29 Ogos, 2020.

Memandangkan kebanyakan vendor yang ada sekarang terdiri dari golongan warga emas, Persatuan Penjaja Kuala Lumpur juga sedang merangka perjanjian kerjasama melibatkan penjaja muda.

Ini katanya, akan membantu vendor di Jalan Petaling mematuhi peraturan DBKL iaitu tidak memajak atau menjual gerai atau lot kedai kepada pihak ketiga. 

Menurut Ang, dasar sifar pekerja asing sukar dilaksanakan sebelum tercetusnya pandemik Covid-19, kerana ramai penjaja menggunakan warga asing untuk menguruskan gerai mereka.

Kerajaan kini membeku pengambilan pekerja asing sehingga hujung tahun ini untuk memberi keutamaan kepada rakyat tempatan susulan kadar pengangguran meningkat akibat perintah kawalan pekerjaan (PKP).

Ang berkata buat masa ini konsep pasar malam di Jalan Petaling mempunyai 30 gerai, tetapi persatuan penjaja bercadang untuk menambah secara beransur-ansur, katanya.

Gerai-gerai ini beroperasi dari 8 malam hingga 9 malam, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi membendung Covid-19. – 29 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen