Korea Selatan mula perketat sekatan di Seoul 


Seoul menjadi daerah utama sekatan diperketatkan susulan pengesanan kes jangkitan Covid-19 yang tinggi.– Gambar EPA, 28 Ogos, 2020.

KOREA Selatan memutuskan untuk memperketatkan sekatan di Seoul bagi mengekang penularan wabak dan penambahan kluster baharu.

371 kes baharu dilaporkan pada Jumaat, yang mana ia masuk hari ke lima belas peningkatan tiga digit selepas beberapa minggu hanya mencatatkan dua digit.

Kebanyakan kes dikesan di Seoul yang mempunyai separuh daripada 52 juta penduduk di negara itu.

Pihak berkuasa mula memperketatkan sekatan pergerakan di kawasan berkenaan.

“Situasi terkini wabak dalam negara agak membimbangkan. Kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk mengawal penularan wabak ini,” kata Menteri Kesihatan dan Kebajikan Park Neung-hoo.

Di bawah peraturan baharu, gim dan kemudahan sukan lain akan ditutup.

Manakala premis makanan hanya dibenarkan menyediakan makanan bungkus kepada pelanggan dan waktu operasi dihadkan sehinga 9 malam. – AFP, 28 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen