Putrajaya contoh penanda aras pembangunan dan pengurusan bandar tersusun, kata PM


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata Putrajaya sering dijadikan contoh oleh negara luar dalam pembangunan dan pengurusan bandar tersusun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Ogos, 2020.

PUSAT pentadbiran kerajaan persekutuan, Putrajaya, sering dijadikan contoh dan penanda aras oleh negara-negara luar dalam pembangunan dan pengurusan bandar tersusun serta kerap mendapat pujian daripada ketua-ketua negara, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata sepanjang 25 tahun sejak pelancarannya, Putrajaya semakin berkembang maju sebagai bandar raya bukan sahaja pada aspek pembangunan fizikal tetapi juga aspek pembangunan sosioekonomi.

“Pada hari ini kita semua amat bertuah kerana berpeluang melihat pelbagai mercu tanda dan kejayaan yang telah dicapai. Malah Putrajaya memperoleh pelbagai pengiktirafan sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya serta mengucap syabas kepada Perbadanan Putrajaya ketika melancarkan Terbitan Khas Jubli Perak Putrajaya (duit syiling peringatan dan setem keluaran khas) hari ini.

Muhyiddin berkata terbitan khas berkenaan akan diabadikan dalam lipatan sejarah Malaysia sebagai penghormatan yang diberikan bukan sahaja kepada Putrajaya tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia. – Bernama, 28 Ogos, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen