PAS bagai ‘isteri ada 2 suami’, kata timbalan presiden Amanah


Chan Kok Leong

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata PAS tikam belakang Umno apabila menyertai PN walaupun bersama Umno dalam Muafakat Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Ogos, 2020.

PAS menikam belakang Umno dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) walaupun berada dalam Muafakat Nasional (MN) bersama Umno, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

“PAS tidak mahu Umno kuat lagi dan memutuskan untuk melindungi kepentingannya dengan Bersatu menerusi penyertaannya dalam PN,” katanya.

Salahuddin berkata Umno akan menjadi parti Melayu paling kuat antara tiga parti – Umno, PAS dan Bersatu – kekal dalam MN bersendirian.

“Mereka bimbang Umno akan berpaling jika ia jadi terlalu kuat,” kata ahli Parlimen Pulai itu.

“They are worried that Umno will turn on them if it becomes too strong,” said the Pulai MP.

Umno pada masa ini mempunyai 39 ahli Parlimen sementara Bersatu dan PAS masing-masing ada 31 dan 18. Daripada kerusi Bersatu, 15 adalah dari Umno sementara 10 lagi PKR.

“Jika Umno ambil balik 15 ahli Parlimennya dengan bertanding di kerusi berkenaan, ia akhirnya akan dapat 55 ahli Parlimen sementara Bersatu dan PAS akan jadi parti lebih kecil,” kata Salahuddin.

PAS bimbang kerana Umno pernah “mengkhianati” parti itu pada 1970-an, katanya.

Minggu lalu, PAS menyertai Bersatu, MIC dan STAR untuk mendaftarkan PN sebagai gabungan politik berasingan walaupun Umno berkata ia tidak akan menyertai pakatan itu.

Pada 1972, PAS menyertai Barisan Nasional (BN) selepas rusuhan kaum 1969 untuk mengukuhkan perpaduan Melayu.

Presidennya, Asri Muda menjadi menteri dalam Kabinet Abdul Razak Hussein dan bertanding di bawah logo BN pada pilihan raya umum 1974.

Selepas konflik antara Asri dan menteri besar mesra Umno di Kelantan, Mohamad Nasir berhubung siasatan terhadap kewangan Asri, PAS membawa usul undi tidak percaya terhadap Nasir.

Adun BN keluar Dewan, meninggalkan Asri yang dikatakan jadi punca krisis politik di negeri itu. Perdana menteri pada masa itu, Hussein Onn kemudian mengisytiharkan darurat di Kelantan untuk mengambil alih kepimpinan di negeri itu, menyebabkan PAS keluar BN pada 1977.

Salahuddin menyifatkan bekas partinya itu seperti “isteri ada dua suami”.

“Tetapi anda kena tanya Umno kenapa kekasihnya PAS, bermesra dengan orang lain. Sebelum ini, kami tidak buat benda macam ini,” kata bekas menteri pertanian itu. – 27 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen