Rusia tarik semula sekatan kemasukan atlet, jurulatih asing


Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin sudah menandatangani arahan baharu menarik semula sekatan kemasukan terhadap jurulatih dan atlet asing ke negara itu. – Gambar EPA, 26 Ogos, 2020.

KERAJAAN Rusia menarik balik sekatan kemasukan terhadap jurulatih dan atlet asing, demikian menurut pejabat media kerajaan pada Rabu.

Menurut kenyataan pejabat media itu lagi atlet asing, jurulatih dan pakar dalam bidang pendidikan jasmani boleh memasuki Rusia dengan visa kerja atau kemanusiaan.

Perdana Menteri Mikhail Mishustin sudah menandatangani arahan baharu itu. 

Sejak Mac 2020, sekatan yang dikenakan disebabkan wabak Covid-19, atlet asing tidak dibenarkan masuk ke Rusia, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).

Pada Mei, sekatan itu ditarik balik untuk pihak yang menandatangani perjanjian buruh dengan pertubuhan Rusia. 

“Keputusan ini akan memudahkan penyeberangan sempadan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa, termasuk liga sukan profesional.”  – Bernama, 26 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen