KUMPULAN Perikatan Selamatkan Musang King (Samka) telah menyerahkan memorandum kepada ahli parlimen Pakatan Harapan untuk mencari jalan keluar bagi mengatasi krisis tanah petani di Pahang.
Memorandum tersebut menekankan bahawa Syarikat Royal Pahang Durian (RPDG) berhasrat untuk memonopoli pasaran durian dan “merompak” pekebun melalui kontrak tanpa arah.
“RPDG berhasrat menjadi pemain terbesar di pasaran durian antarabangsa,” kata Samka dalam satu kenyataan setelah pengerusinya, Wilson Chang menyerahkan memorandum di luar bangunan Parlimen hari ini.
“Buktinya, ia sedang mendirikan kilang pemprosesan durian yang terbesar di Malaysia dan mendirikan anak syarikat yang bertanggungjawab bagi urusan eksport.
“Mereka juga sanggup mengambil alih semua Musang King tanpa lesen dan merompak usaha pekebun-pekebun dengan kontrak yang zalim,” katanya.
Samka mengingatkan bahawa krisis Musang King bukan sekadar isu polisi tanah, maka ia berpengaruh terhadap perkembangan industri pertanian di Malaysia.
“Musang King adalah ikon Malaysia dan sekiranya industri ini dimonopolikan, rantaian penghasilan durian yang telah matang akan dimusnahkan, ruang pembangunan pekebun kecil akan dikurangkan dengan drastik dan menyebabkan beribu-ribu penduduk Rabu hilang mata pencarian,” katanya.
Antara mereka yang hadir untuk menerima memorandum itu ialah bekas menteri industri pertanian dan asas tani, Salahuddin Ayub; bekas timbalannya, Sim Tze Tzin; Lim Guan Eng (Bagan), Tengku Zulpuri Shah (Raub), Nga Kor Ming (Teluk Intan), Sivakumar Varatharaju (Batu Gajah), Mujahid Rawa (Parit Buntar) and Wong Teck (Bentong). – 26 Ogos, 2020.
MENYUSUL
Komen