ANAK sulung Presiden Brazil Jair Bolsonaro, Senator Flavio Bolsonaro, semalam umum beliau positif Covid-19 tetapi tidak bergejala.
Dalam satu kenyataan semalam, Flavio, 39, berkata beliau dalam keadaan baik.
Senator itu kini menjalani kuarantin di rumah dan mengambil ubat anti malaria, chloroquine. Ayahnya, Bolsonaro sebelum ini bertegas menggalakkan penggunaan choloroquine walaupun ubat itu didapati tidak berkesan merawat Covid-19.
Flavio sedang disiasat atas dakwaan penyelewengan dana semasa menjadi wakil rakyat Rio de Janeiro.
Beliau adalah individu keempat dalam ahli keluarga Bolsonaro yang diuji positif Covid-19.
Bolsonaro sendiri diuji positif bulan lalu, dan menjalani kuarantin selama tiga minggu,
Isterinya, Michelle Bolsonaro, 38, pula diuji positif beberapa hari selepas Bolsonaro disahkan dijangkiti virus itu.
Anak keempat Bolsonaro, Jair Renan, 22, disahkan positif minggu lalu.
Pandemik Cobid-19, yang dianggap hanya selesema biasa oleh Bolsonaro, sehingga kini telah menjangkiti lebih 3.6 juta orang di Brazil. Manakala 115,000 orang maut di negara itu, yang kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat. – AFP, 26 Ogos, 2020.
Komen