MALAYSIA mencatatkan 11 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam dengan sembilan daripadanya adalah kes penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Kesemua sembilan kes penularan tempatan melibatkan warganegara Malaysia. Kes baharu ini menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan kepad 9,285.
Noor Hisham berkata, tujuh daripada sembilan kes penularan tempatan dikesan di Kedah dan lima ldaripadanya ada kaitan dengan kluster Tawar.
Kesemua lima kes tersebut adalah murid sekolah rendah yang merupakan kontak rapat murid prasekolah lain yang dilaporkan dijangkiti pada 16 Ogos.
Dua kes penularan tempatan yang lain di negeri ini dikesan semasa pemeriksaan pra-pembedahan sementara yang lain adalah pesakit tanpa gejala.
Satu kes dikesan di Selangor semasa pemeriksaan kumpulan sasaran sementara satu lagi dikesan di Perlis di mana pesakit mengalami jangkitan pernafasan akut (SARI).
Sementara itu, baki dua daripada 11 kes yang dilaporkan pada tengah hari ini adalah kes import.
Enam pesakit didiscaj dari hospital dalam tempoh 24 jam selepas pulih daripada koronavirus.
Ini menjadikan jumlah mereka yang pulih kepada 8,971.
Sementara itu, kes aktif berjumlah 189.
Tiada kematian yang dilaporkan, menjadikan angka kematian sebanyak 125.
Sementara itu, lapan pesakit kini ditempatkan di unit rawatan intensif dengan enam daripadanya memerlukan alat sokongan pernafasan. – 25 Ogos, 2020.
Komen