Penanam durian Raub disekat masuk, pegawai negeri buat lawatan


Ravin Palanisamy

Sekatan polis di jalan masuk kebun durian di Pahang hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 25 Ogos, 2020.

PENANAM durian di Raub hari ini disekat daripada masuk ke kebun mereka dengan alasan ada lawatan oleh pihak kerajaan negeri dan wakil syarikat, sehari selepas pihak berkuasa Pahang menangguhkan tindakan terhadap penanam durian tidak berlesen.

Wakil rakyat Tras Chow Yu Hai berkata polis membuat sekatan jalan raya menuju ke kebun durian bagi membolehkan pegawai kerajaan negeri dan wakil konsortium Royal Pahang Durian Group (RPDG) melawat.

Hanya pekebun yang ada pas masuk yang dikeluarkan oleh RPDG dibenar masuk.

“Sekatan jalan raya dibuat pada pukul 11 pagi dan kami diberitahu hanya untuk hari ini.

“Polis memberitahu kami sekatan ini untuk mengelak pertembungan antara pegawai dan pekebun kerana mereka hendak buat survei hari ini,” kata Chow kepada  The Malaysian Insight.

RPDG ialah usaha sama kerajaan negeri untuk menubuhkan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.

Syarikat itu dikurniakan pada 24 Jun lalu hak pajak ke atas tanah seluas 5,357 ekar (2,168 hektar) di Raub bagi tempoh 30 tahun dan lanjutan untuk tempoh sama.

Skim itu bertujuan memutihkan pekebun durian haram di kawasan itu dan menyekat pencerobohan tanah.

Petani bagaimanapun mendakwa skim itu menindas mereka. – 25 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen