MALAYSIA hari ini melaporkan tujuh jangkitan Covid-19 baharu, dengan lima daripada adalah penularan tempatan di Sarawak, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Kes baharu ini menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan kepada 9,274.
Tiga daripada kes jangkitan tempatan melibatkan warga asing yang tidak bergejala dan dikesan melalui pemeriksaan di tempat kerja. Mereka dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
Warga asing ketiga dikesan semasa pemeriksaan sebelum berlepas saringan bagi individu dibenarkan kembali ke tanah air.
Bagi penularan tempatan yang melibatkan warganegara, satu dikesan ketika pemeriksaan di tempat kerja sementara satu lagi semasa pemeriksaan ibu mengandung.
Kedua-dua kes tidak bergejala dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
Baki dua daripada tujuh kes hari ini melibatkan kes import, satu dari Filipina dan Amerika Syarikat.
Sementara itu, enam pesakit discaj, menjadikan jumlah mereka yang pulih daripada koronavirus kepada 8,965.
Kes aktif berjumlah 184 orang. Daripada jumlah itu, lapan pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi dengan lima daripadanya memerlukan peralatan sokongan pernafasan.
Tiada kematian dilaporkan, menjadikan angka kematian sebanyak 125. – 24 Ogos, 2020.
Komen