RUU benarkan prosiding mahkamah jarak jauh dibentang


Ragananthini Vethasalam Mohd Farhan Darwis

RUU Akta Judisari Mahkamah untuk membenarkan prosiding dilakukan menggunakan teknologi jarak jauh dibentang hari ini. – Gambar EPA, 24 Ogos, 2020.

RANG Undang-Undang pindaan untuk Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang membenarkan mahkamah menjalankan prosiding menerusi teknologi komunikasi jarak jauh dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

“Mahkamah boleh menjalankan prosiding menerusi teknologi komunikasi jarak jauh,” kata pindaan itu.

Bacaan kali kedua dan ketiga RUU itu akan dibentangkan oleh Menteri Undang-Undang Takiyuddin Hassan dijadualkan dibuat pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berjalan sekarang.

Bahagian 15a yang baru bertujuan membenarkan mahkamah persekutuan, rayuan dan mahkamah tinggi menjalankan prosiding melalui pautan video atau televisyen secara langsung, atau cara komunikasi elektronik yang lain.

Teknologi komunikasi jarak jauh boleh digunakan terhadap mana-mana prosiding termasuk sivil dan jenayah. – 24 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen