Restoran Hameediyah Pulau Pinang diarah tutup langgar SOP


Para pelanggan biasanya beratur panjang untuk mendapatkan hidangan nasi kandar Hameediyah. – Gambar Facebook Restoran Hameediyah, 23 Ogos, 2020.

RESTORAN nasi kandar terkemuka di Pulau Pinang diperintahkan tutup selama seminggu selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa tempatan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hari ini memerintahkan Restoran Hameediyah yang berusia 112 tahun itu ditutup bermula hari ini hingga Sabtu (29 Ogos).

Pengurus Hameediyah, Ahmed Seeni Pakir berkata, MBPP memerintahkan mereka menutup restolah setelah mendapati pelanggan sesak di gerai tersebut.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kami dari pihak Hameediyah ingin memaklumkan penutupan kedai sementara waktu bagi baik pulih SOP. #KitaJagaKita #KitaLawanCovid #AllisWell

Posted by HAMEEDIYAH RESTAURANT on Sunday, 23 August 2020

Ahmed Seeni berkata bahawa meja restoran juga tidak ditanda untuk memisahkan pelanggan di meja.

Beliau berkata ekoran hal tersebut pelanggaran SOP telah berlaku dan mereka diarahkan untuk menutup operasi buat sementara waktu.

Seeni bagaimanapun berkata agak sukar bagi pihak restoran itu mengikuti SOP apabila keluarga besar terdiri daripada enam atau tujuh orang datang untuk menjamu selera di restoran tersebut.

Beliau berkata bahawa pihaknya telah menugaskan seorang pekerja untuk mengawal kedatangan orang ramai di samping mengambil suhu dan merekod butiran pelanggan yang memasuki premis tersebut.

Beliau turut menegaskan bahawa restoran itu ditutup kerana kegagalan mematuhi SOP namun tidak ada pekerja restoran itu diuji positif Covid-19.

Restoran di Lebuh Campbell itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dan pelanggan perlu beratur panjang setiap hari pada waktu puncak setiap hari. – 23 Ogos, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen