Penggemar 'rave' Perancis mahu terus berpesta di musim Covid-19 


Penggemar 'rave' menolak dan "membantah" tindakan keras pasukan keselamatan yang didorong oleh penduduk tempatan untuk memulihkan ketenteraman. – Gambar AFP, 23 Ogos, 2020.

MUSIM panas adalah waktu penggemar pesta ‘rave’ di Perancis untuk berhibur, namun tahun ini pihak berkuasa mengetatkan peraturan berkumpul ekoran risiko penularan Covid-19.

Namun kebanyakan peminat pesta itu masih bertekad untuk mengunjungi parti-parti tarian di musim panas.

Penggemar ‘rave’ menolak dan “membantah” tindakan keras pasukan keselamatan yang didorong oleh penduduk tempatan untuk memulihkan ketenteraman.

“Ketika mereka begitu keras mahu melarang kami berpesta, akan semakin banyak pesta kita anjurkan,” kata seorang ‘teufeur’ (penari rave dalam Bahasa Perancis) yang juga merupakan aktivis, Gregoire.

Gerakan “pesta bebas” Perancis bermula sejak 1990-an. Ia menghimpunkan pencinta muzik tekno yang memiliki gaya hidup nomad, kebanyakan mereka hidup dalam komuniti kecil dengan ideologi liberal atau anarkis.

“Kerana wabak ini, anjuran parti untuk tahun ini sangat sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya,” kata penganjur pesta Robin (bukan nama sebenar) kepada agensi AFP.

“Perhatian telah difokuskan pada acara-acara itu dan tindakan keras menjadikannya lebih sulit.”

Robin bekerja untuk Sound Fund, sebuah persatuan yang menawarkan sokongan undang-undang untuk penganjur rave yang menghadapi denda atau peralatan mereka disita oleh polis.

Persatuan juga telah dipanggil untuk membantu dalam 22 kes rampasan peralatan tahun ini, kata Robin.

Bagaimanapun, seorang pegawai daerah berkata bahawa strategi terbaru kerajaan adalah dengan berusaha menyekat skala pengunjung pesta setelah mereka memulakan sekatan di semua jalan masuk. Pegawai itu turut menambah bahawa pemindahan lokasi bagaimanapun masih jarang berlaku. – AFP, 23 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen