Korban Covid-19 lepasi angka 800,000 di seluruh dunia


WHO berkata vaksin pertama untuk Covid-19 dijangka dapat dihasilkan dalam tempoh 18 bulan. – Gambar EPA, 14 Februari, 2020.

ANGKA korban akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melepasi 800,000 kes dengan beberapa negara mula mengetatkan perintah kawalan pergerakan sebagai mengekang cetusan kes baharu.

Eropah Barat terutamanya Sepanyol, Itali, Jerman dan Perancis mula mencatatkan peningkatan kes jangkitan baharu, sekali gus mencetuskan kebimbangan gelombang kedua pandemik itu.

Di Asia, Korea Selatan menjadi negara terbaharu mengetatkan kawalan pergerakan bagi mengekang penularan baharu wabak itu.

Di seluruh dunia, angka kematian keseluruhan kini lebih 800,000 sejak 6 Jun dan lebih 100,000 kematian direkodkan dalam tempoh 17 hari lepas.

Selain itu, lebih 23 juta kes positif Covid-19 telah direkodkan.

Amerika Latin merupakan benua paling teruk terjejas dengan lebih separuh kes kematian dicatatkan di Amerika Syarikat (AS), Brazil, Mexico dan India.

Peningkatan kes baharu dan jumlah korban dicatatkan selepas Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata pandemik itu mampu dikawal dalam tempoh kurang dua tahun. – AFP, 23 Ogos, 2020. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen