IRAQ mencatatkan hampir 4,000 kes Covid-19, menjadikan jumlah kes yang dicatatkan oleh negara melebihi 200,000 kes.
Menurut Kementerian Kesihatan Iraq, 201,050 warga Iraq dijangkiti virus tersebut, termasuk 6,353 lagi terkorban.
Sementara itu, 143,393 kes dicatatkan pulih sejak wabak membawa maut itu menular di negara itu.
Lonjakan kes harian 4,000 sepanjang tempoh seminggu, namun pihak berkuasa menolak untuk melaksanakan semula perintah kawalan berkurung secara ketat di negara itu.
Bagaimanapun, perintah kawalan pergerakan tetap dilaksanakan pada waktu malam, kebanyakan restoran pula ditutup dan perjalanan ke luar daerah masih dilarang secara rasmi.
Kebanyakan warga Iraq khuatir lonjakan kes akan terus berlaku, lebih-lebih lagi ketika umat Islam Syiah yang secara tradisinya akan berkumpul di kota suci Karbala bagi memperingati awal Muharram.
Banyak hospital di Iraq runtuh disebabkan konflik perang saudara di negara itu selama bertahun-tahun.
Ubat-ubatan, katil hospital dan peralatan perlindungan untuk pekerja kesihatan turut menjadi masalah utama ketika negara itu dilanda wabak maut Covid-19. – AFP, 22 Ogos, 2020.
Komen