PRESIDEN Bersatu Muhyiddin Yassin akan mengumumkan status pendaftaran Perikatan Nasional (PN) dalam masa terdekat, kata Mohamed Azmin Ali.
Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri) itu berkata, ia termasuklah berkenaan logo gabungan berkenaan.
“PN telah didaftarkan dengan ROS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan). Kita kemuka semua keperluan untuk pertandaftaran termasuk logo dan perkara-perkara lain.
“Perdana menteri akan umumkan dalam masa tedekat tentang perkembangan pendaftaran PN,” kata Azmin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan keahliannya bersama 10 lagi bekas wakil rakyat PKR menyertai Bersatu, di ibu negara hari ini.
Majlis Kongres Negara 2020 itu disertai kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pimpinan PKR selepas mereka dipecat dan keluar daripada PKR.
Pertubuhan berkenaan termasuklah Penggerak Komuniti Negara, Nation of Women (NOW), Pemuda Negara, dan Wanita Muda Negara.
Muhyiddin turut menghadiri majlis berkenaan bersama barisan kepimpinan Bersatu.
Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, 10 ahli Parlimen itu termasuklah; Azmin (Gombak); Zuraida Kamaruddin (Ampang); Rashid Hasnon (Batu Pahat); Santara Kumar (Segamat); Kamaruddin Jafar (Bandar Tun Razak).
Lima lagi adalah Mansor Othman (Nibong Tebal), Ali Biju (Saratok), Willie Mongi (Puncak Borneo), Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota)serta Jonathan Yasin (Ranau).Mansor Othman (Nibong Tebal); Ali Biju (Saratok); dan Willie Mongi (Puncak Borneo); Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota); serta Jonathan Yasin (Ranau).
Katanya, Bersatu juga akan memudahkan kemasukan ahli-ahli NGO itu yang dianggarkan berjumlah 200,000 dari seluruh 222 kawasan Parlimen, seluruh negara.
Turut hadir adalah Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung MIC M Asojan, dan Setiausha Agung GPS Alexander Nanta Linggi.
Takiyuddin minggu lalu mengesahkan PAS turut bersama Bersatu membentuk jawatankuasa penaja bagi penubuhan PN. – 22 Ogos, 2020.
Komen