Jerman catat lebih 2,000 kes baharu Covid-19


Seorang petugas kesihatan mengambil sampel dari seorang individu untuk ujian saringan Covid-19 di Jerman.– Gambar fail EPA, 20 Mei, 2020.

JUMLAH kes baharu Covid-19 di Jerman melonjak lebih 2,000 kes dalam tempoh 24 jam lepas, jumlah tertinggi sejak April lalu.

Institut kawalan penyakit berkata sebanyak 2,034 kes dengan tujuh kematian direkodkan dalam tempoh itu, menjadikan jumlah keseluruhan korban 9,267 orang daripada keseluruhan 232,082 kes.

Kes jangkitan baharu meningkat mendadak sejak beberapa hari lepas, dipercayai berpunca daripada jumlah pelancong yang pulang ke tanah air dari negara lain

Pakar kesihatan berkata ujian saringan berskala besar kini sedang dijalankan bagi mengesan mereka yang positif virus itu.

“Peningkatan kes ini akan membawa masalah.

“Kita perlu bimbang dan rakyat perlu bertanggungjawab untuk mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka,” kata jurucakap Canselor Angela Merkel, Steffen Seibert. – AFP, 22 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen