Korea Selatan perketat kawalan pergerakan kekang gelombang kedua Covid-19


Pekerja perubatan menunggu ambulans membawa pesakit Covid-19 di sebuah hospital di Daegu, Korea Selatan. – Gambar fail AFP, 24 Februari, 2020.

KOREA Selatan mengumumkan langkah mengetatkan pergerakan di seluruh negara bermula hari ini bagi mengekang penularan Covid-19 yang kian meningkat.

Langkah itu diambil selepas Korea Selatan mencatatkan 322 kes pada Sabtu, jumlah paling tinggi sejak awal Mac.

Kawalan pergerakan diperketat di Seoul pada minggu lalu tetapi lebih 300 kes direkodkan dalam tempoh dua hari berturut-turut, menyebabkan pihak berkuasa meluaskan kawalan di seluruh negara.

“Kita berada pada peringkat berjaga-jaga untuk berdepan gelombang kedua,” kata Menteri Kesihatan dan Kebajikan Park Neung-hoo.

Katanya kawalan penularan virus itu menjadi keutamaan paling tinggi.

Antara langkah diambil adalah larangan berkumpul dan aktiviti sukan.

Semua pantai di seluruh negara akan ditutup bermula tengah malam ini.

Korea Selatan melaporkan 17,002 kes jangkitan dengan 309 kematian setakat ini.

Majoriti kes baharu dilaporkan di Seoul yang didiami hampir separuh daripada 51 juta penduduk di seluruh negara. – AFP, 22 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen