Kes keganasan rumah tangga semakin naik, kata aktivis


Low Han Shaun

WAO melancarkan buku Tina’s Journey, sebuah himpunan kata-kata dan puisi mangsa keganasan rumah tangga yang ditulis Bernice Chauley. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 9 Disember, 2017.

KUMPULAN aktivis hak wanita menyuarakan kebimbangan berkaitan keganasan rumah tangga dihadapi wanita Malaysia yang kata mereka mencecah tahap sangat tinggi sekarang.

Pegawai Komunikasi Women’s Aid Organisation (WAO), Tan Heang-Lee berkata ia berdasarkan statistik terbaru keganasan terhadap wanita di Malaysia yang disebabkan kesedaran wanita yang semakin tinggi tentang hak mereka.

“Menurut Universiti Sains Malaysia, 9% wanita yang berpasangan di Malaysia mengalami keganasan rumah tangga,” katanya kepada The Malaysian Insight pada majlis pelancaran buku TINA WAO.

Menurut statistik pada 2016 sahaja, terdapa 5796 kes, peningkatan yang besar berbanding pada 2010 apabila 3173 kes dilaporkan.

Tan berkata pada 2016, WAO menerima lebih 2660 panggilan menerusi talian hotlinenya, mesej WhatsApp dan email menerusi TINA, sebuah program yang “dikonsepkan sebagai mangsa keganasan rumah tangga, supaya wanita terasa dekat apabila membuat panggilan.”

“Pada mulanya dia (TINA) hanyalah hotline, TINA yang merujuk kepada ‘Think I Need Aid’ bermula pada 2013, dan ketika itu kami mula memanusiakannya, dan kini sebagai karakter buku,” kata Tan.

WAO melancarkan buku Tina, Tina’s Journey, sebuah himpunan kata-kata dan puisi mangsa keganasan rumah tangga yang ditulis Bernice Chauley.

Di dalamya, himpunan puisi, lukisan dan kata-kata mereka yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga yang mendapatkan perlindungan di pusat perlindungan kendalian WAO dikumpul dan menggunakan nama Tina.

Chauley berkata beliau sentiasa mahu membantu WAO dengan  membimbing wanita tersebut bagaimana untuk meluahkan perasaan mereka.

“Ia bermula pada Ogos 2015, saya akan pergi ke pusat perlindungan WAO dan bertemu orang berbeza setiap kali selama dua tahun, 2 jam pada setiap Jumaat dan buat pelbagai aktiviti berbeza (yang meningkatkan keyakinan mereka).

“Ia kitaran yang ganas ‘saya tak tahu nak buat apa’, mereka perlu ada kesedaran untuk putuskan yang mereka perlukan bantuan,” kata Chauley.

Linda Iskandar, mangsa keganasan rumah tangga yang turut hadiri di pelancaran buku itu juga menyuarakan pandangan serupa Chauley.

“Awak perlu belajar dan terima kenyataan yang awak sedang berdepan keganasan rumah tangga dan move on hanya boleh berlaku jika awak terima kenyataan. Jika tidak awak dalam penafian.

“Ia sukar. Memikirkan masa silam saya, (saya) tak percaya yang saya boleh berada di sini sekarang,” katanya.

Linda turut menggesa semua wanita yang menjadi mangsa untuk berani dan menelefon talian hotline TINA sekiranya perlukan bantuan.

“Kita perlu jadi kuat untuk anak-anak, saya tahu susah untuk move on kerana kita ada ketakutan sendiri.

“Kita perlu belajar terima dan itulah caranya kita boleh move on,” katanya. – 9 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen