Kluster baharu babit restoran di KL pula dikesan


Noel Achariam

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu kluster baharu dikesan di sebuah restoran di Titiwangsa apabila dua pekerja diuji positif Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Ogos, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini mengesan satu kluster baharu di sebuah restoran di Titiwangsa, Kuala Lumpur di mana tiga individu diuji positif Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata dua pekerja diuji positif pada 16 Ogos dalam pemeriksaan pekerja secara rawak di Kuala Lumpur.

“Sehingga kini seramai 672 orang – 16 pekerja dan 656 pelanggan sudah diperiksa.

“Daripada jumlah tersebut, tiga individu diuji positif Covid-19 sementara 669 negatif,” katanya. 

Menurutnya pelanggan yang diuji positif mengalami gejala sakit tekak dan sakit kepala sejak 17 Ogos seta telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Beliau berkata tiga kes baharu disahkan dalam kluster Tawar, menjadikan jumlahnya 58.

Setakat ini 2,733 orang telah diperiksa berkaitan dengan kluster itu, katanya.

“Di Kedah, 2.256 individu telah diperiksa. Seramai 47 diuji positif, 1,985 diuji negatif dan 49 masih menunggu keputusan.

 

“Di Pulau Pinang, 466 orang telah diperiksa, di antaranya 11 diuji positif, 430 diuji negatif dan 25 sedang menunggu keputusan,” katanya.

Pengesanan kes dan kontak rapat sedang dilakukan, tambah Dr Noor Hisham. – 21 Ogos, 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen