Rusia jalankan ujian vaksin koronavirus ke atas 40,000 sukarela


RUSIA berkata pada Khamis yang ia akan memulakan ujian klinikal vaksin koronavirus kontroversi minggu depan, yang melibatkan puluhan ribu orang.

Presiden Vladimir Putin berkata awal bulan ini yang Rusia menjadi negara pertama yang mendaftarkan vaksin koronavirus, walaupun pengumuman itu disambut dengan kebimbangan daripada para saintis dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang berkata ia masih memerlukan kajian keselamatan terperinci.

Dana kekayaan berdaulat Rusia, yang membiayai projek vaksin itu, dalam satu kenyataan pada Khamis berkata ujian “imunogenisiti dan keselamatan vaksin Sputnik V” akan bermula minggu depan yang melibatkan lebih 40,000 orang.

Ia berkata ujian itu setara dengan ujian Fasa 3 yang sedang dijalankan vaksin lain.

Ketua Dana Pelaburan Langsung Rusia, Kirill Dmitriyev membert taklimat secara dalam talian yang pemberian vaksin kepada kumpulan berisiko, termasuk kakitangan perubatan, juga akan bermula minggu depan secara sukarela.

Lebih 20 negara sudah meminta untuk membeli lebih 1 bilion dos vaksin, katanya, sambil menambahkan Rusia mengadakan perjanjian dengan beberapa negara untuk menghasilkannya.

Beliau vaksinasi besar-besaran di Rusia dijangka bermula pada Oktober dan penghantaran ke luar negara yang pertama pada November atau Disember.

Vaksin itu - dinamakan sempena satelit Soviet tahun 1950-an - diumumkan dengan gembira warga Rusia tetapi menerima amaran daripada saintis Barat yang Moscow mungkin bergerak terlalu cepat.

Dmitriyev berkata keraguan mereka mulai reda.

“Kami sudah melihat perubahan nada yang ketara daripada WHO. Pada mulanya, memang mereka tidak mempunyai cukup maklumat mengenai vaksin Rusia, sekarang maklumat rasmi sudah dihantar dan mereka akan menilainya,” kata beliau.

Tetapi beliau menambah"Kami tidak melihat halangan bagi pengawal selia untuk menyetujui vaksin Rusia tanpa persetujuan WHO.”

Rusia mencatatkan lebih 942,000 jangkitan koronavirus yang disahkan pada Khamis, jumlah keempat tertinggi selepas Amerika Syarikat, Brazil dan India, dan lebih 16,000 kematian. – AFP, 21 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen