Ukraine rekod lebih 2,000 kes baharu Covid-19


Kerajaan Ukraine berkata peningkatan kes itu berlaku ekoran kedegilan rakyatnya mengamalkan penjarakan sosial dan amalan lain yang boleh membendung pandemik Covid-19. – Gambar EPA, 20 Ogos, 2020.

UKRAINE melaporkan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dengan lebih 2,000 kes baharu direkodkan buat pertama kali.

Pihak berkuasa mencatatkan 2,134 kes dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 98,537.

Menteri Kesihatan Maksym Stepanov berkata sebanyak 40 kes maut juga direkodkan dalam tempoh yang sama.

Angka kematian akibat wabak itu di Ukraine kini sebanyak 2,184.

Kes baharu di negara itu meningkat mendadak sejak beberapa hari lepas dengan 1,967 kes direkodkan pada Rabu.

Kerajaan Ukraine berkata peningkatan kes itu berlaku ekoran kedegilan rakyatnya mengamalkan penjarakan sosial dan amalan lain yang boleh membendung pandemik itu. – AFP, 20 Ogos, 2020


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen