ANTHONY Fauci, seorang pegawai tertinggi penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat (AS), berkata pada Rabu yang kerajaan tidak akan mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 pada masa depan bagi masyarakat awam - walaupun mahkamah tempatan boleh mewajibkannya untuk beberapa golongan, seperti kanak-kanak.
“Anda tidak mahu memberi arahan dan mencuba dan memaksa sesiapa sahaja untuk mengambil vaksin. Kami tidak pernah melakukannya,” kata Fauci, ahli pasukan petugas koronavirus White House, semasa bicara video anjuran George Washington University.
“Anda boleh memberi arahan kepada sekelompok orang tertentu seperti pekerja kesihatan, tetapi bagi masyarakat secara keseluruhan, anda tidak boleh,” tambahnya dengan memberikan contoh National Institutes of Health, yang pekerja kesihatan tidak boleh merawat pesakit tanpa vaksin flu.
Perdana Menteri Australia Scott Morrison beberapa jam sebelumnya mengumumkan yang vaksin koronavirus, selepas ia diluluskan, akan diwajibkan untuk semua rakyat di negaranya, kecuali pengecualian perubatan.
Bagaimanapun, sistem kerajaan di AS, dan sentimen anti-vaksin yang berkembang selama beberapa dekad, menyebabkan program imunisasi mandatori tidak mungkin dilaksanakan.
“Ia tidak dapat dilaksanakan dan tidak sesuai,” kata Fauci.
Ini bagaimanapun tidak menghalang negara mewajibkan vaksin bagi kanak-kanak untuk masuk sekolah bagi penyakit tertentu seperti campak, walaupun ada yang dikecualikan atas alasan perubatan atau agama.
Bagaimanapun, pentadbiran Presiden Donald Trump sudah membuat tempahan ratusan juta dos vaksin daripada enam syarikat, dan ia akan diedarkan secara percuma. – AFP, 20 Ogos, 2020.
Komen