TUJUH kes baharu Covid-19 dilaporkan di Kedah, iaitu empat dari kluster Tawar dan tiga lagi dari kluster Sala, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Empat kes membabitkan kluster Tawar juga dikesan di Pulau Pinang, tambah beliau. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kluster itu kini 59.
Manakala jumlah keseluruhan dari kluster Sala kini 11 kes.
Dengan empat kes baharu dikesan di Kedah, sebanyak 66 kes direkodkan di negeri itu sehingga kini.
Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan hari ini berkata setakat jam 12 tengah hari ini, seramai 1,910 orang telah disaring dalam kluster Tawar, manakala 668 orang dalam kluster Sala.
Sementara itu, seramai 514 orang yang dikaitkan dengan dua kluster Tawar dan Sala sedang menunggu keputusan ujian saringan.
Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat bagi dua kluster itu masih diteruskan, tambah Dr Noor Hisham.
Beliau semalam ini berkata kluster Tawar dicetuskan oleh perhimpunan dalam kalangan ahli keluarga yang tidak sepenuhnya menjalani Prosedur Operasi Standard (SOP), seperti kapasiti tetamu perhimpunan tidak mengikut saiz ruang dan penjarakan fizikal yang selamat di antara satu sama lain.
Manakala bagi kluster Sala pula, kes indeks mempunyai sejarah menziarah pesakit di sebuah hospital bersama beberapa ahli keluarga.
Jangkitan Covid-19 dapat dicegah sekiranya orang ramai mengelakkan 3S iaitu elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang atau bertutur dalam jarak dekat, katanya.
sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat – 19 Ogos, 2020.
Komen