MALAYSIA melaporkan 16 kes baharu Covid-19, dengan 12 penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Nor Hisham Abdullah.
23 kes pulih turut direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, tambahnya.
Daripada 12 penularan tempatan itu, lapan adalah dari kluster Tawar - empat di Kedah dan empat kes lagi dikesan di Pulau Pinang.
Sementara itu, tiga lagi kes adalah dari kluster Sala juga di Kedah, dan satu di Johor, yang mana pesakit didapati tidak bergejala ketika ujian Covid-19.
Daripada 16 jumlah kes baharu, empat adalah kes import melibatkan warga asing.
Tiada kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian kekal 125 dan kes pulih 23.
Jumlah keseluruhan kes adalah 9,235 dengan jumlah keseluruhan kes pulih 8,925. Kini terdapat 185 kes aktif. – 19 Ogos, 2020.
Komen